KOTA KINABALU: Industri halal di Sabah akan terus berkembang sehingga peringkat antarabangsa dengan wujudnya satu platform digital, CoreHalal, untuk memperkasakan lagi sistem pengurusan halal di negeri ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Yakub Khan.
Beliau berkata CoreHalal ialah platform digital yang dibangunkan oleh syarikat pembangunan aplikasi, Synxsoft Sdn Bhd yang berpangkalan di sini dengan memberi tumpuan kepada pengurusan risiko, audit dan latihan.
"CoreHalal telah dibangunkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"CoreHalal mempunyai potensi besar kerana menjadi satu-satunya platform digital yang menyediakan perkhidmatan sedemikian.
"Penggunaan platform digital seumpama ini dalam perniagaan bukan sahaja meningkatkan pembangunan industri halal di Sabah malah juga memastikan masyarakat Sabah tidak ketinggalan dalam merebut peluang melalui perkembangan teknologi," katanya di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi syarikat Synxsoft Sdn Bhd yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Mazrie Mahat.
Yakub berkata platform digital CoreHalal akan memberi panduan kepada usahawan mengenai proses mendapatkan pengiktirafan halal dan membantu meningkatkan kecekapan perniagaan halal secara digital.
"Ini kerana platform ini bukan sahaja tertumpu kepada sektor makanan dan minuman tetapi juga merangkumi semua sektor yang disenaraikan di bawah industri halal seperti farmaseutikal, barangan pengguna dan kosmetik," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menyokong CoreHalal untuk bekerjasama dengan rakan strategik bukan sahaja di Malaysia malah juga di luar negara seperti Australia, Jepun, Korea Selatan dan Brunei.
Sementara itu, Mazrie berkata pihaknya akan mengembangkan pasaran platform CoreHalal ke Australia pada September dan Jepun pada Oktober ini.
"Usaha seperti ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada syarikat pemula teknologi tempatan di Sabah untuk terus maju dan mengembangkan pasaran mereka ke peringkat global.
"Pada 1 September ini, Synxsoft akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Halal Development Corporation (HDC) semasa Persidangan Perniagaan Halal Dunia di Melbourne, Australia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Sabah. --fotoBERNAMA
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Platform digital CoreHalal perkasa sistem pengurusan halal di Sabah
CoreHalal dibangunkan berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.